Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan premier bola sepak antarabangsa. Ia dijadualkan akan berlangsungdari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan .
Ini merupakan kali pertama kejohanan ini dianjurkan oleh negara Afrika, selepas Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan seluruh Afrika. Itali adalah juara bertahan. Undian untuk akhir mengambil tempat pada 4 Disember 2009 di Cape Town.
Pemilihan tuan rumah
Afrika telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2010, sebahagian daripada polisi baru untuk penggiliran acara tersebut di antara konfederasi bola sepak (polisi ini ditangguhkan pada Oktober 2007). Lima negara Afrika membuat bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2010:
- Mesir
- Libya / Tunisia (tuan rumah bersama)
- Maghribi
- Afrika Selatan
Berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA tidak membenarkan tuan rumah bersama, Tunisia menarik diri dari proses pembidaan. Jawatankuasa juga membuat keputusan untuk mengetepikan bidaan Libya yang tidak dapat memenuhi syarat tercatat dalam senarai permintaan rasmi.
Selepas pusingan pertama pengundian, bidaan yang berjaya diumumkan oleh presiden FIFA Sepp Blatter dalam satu sidang media pada 15 Mei 2004 di Zurich. Afrika Selatan telah dianugerahkan hak penganjuran kejohanan tersebut, menewaskan Maghribi dan Mesir.[1]
Keputusan:
- Afrika Selatan, 14 undi
- Maghribi, 10 undi
- Mesir, 0 undi
Tunisia menarik diri pada 8 Mei 2004 selepas tuan rumah bersama tidak dibenarkan
Libya bidaan ditolak: kerana tidak memenuhi senarai permintaan dan tuan rumah bersama tidak dibenarkan
Kelayakan
Sebagai tuan rumah, Afrika Selatan layak secara automatik untuk kejohanan. Namun, Afrika Selatan mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Dunia kerana Kelayakan CAF adalah sebahagian daripada kejohanan kelayakan untuk Piala Negara Afrika 2010. Mereka adalah tuan rumah pertama sejak 1934 untuk mengambil bahagian dalam kelayakan. As happened in the previous tournament, juara bertahan tidak beri were not given an automatic berth, dan Italy had to participate in qualification.
Undian kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2010 telah diadakan di Durban, Afrika Selatan, pada 25 November 2007.
Group A | Group B | Group C | Group D | Group E | Group F | Group G | Group H | |||||||||||||||
FRA | ARG | ALG | AUS | CMR | ITA | BRA | CHI | |||||||||||||||
MEX | GRE | ENG | GER | DEN | NZL | CIV | HON | |||||||||||||||
RSA | KOR | SVN | GHA | JPN | PAR | PRK | ESP | |||||||||||||||
URU | NGA | USA | SRB | NED | SVK | POR | SUI |
No Response to "Piala Dunia FIFA 2010"
Post a Comment