Tuan rumah South Africa gagal memanafaatkan peluang bermain di hadapan ribuan penyokong sendiri apabila hanya sekadar seri dengan Mexico 1-1. Mexico kelihatan menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, namun semuanya berubah pada separuh masa kedua apabila South Africa mula mengatur rentak. Gol pertama temasya Piala Dunia 2010 dijaringkan oleh Siphiwe Tshabalala pada minit ke 55 dengan satu rembatan cantik dari sudut kanan gol Mexico. Mexico akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pada minit ke 79 menerusi gerakan cantik dari Rafael Marquez. South Africa hampir-hampir mendapat jaringan pada minit terakhir tetapi gagal disempurnakan oleh Mphela apabila bola terkena tiang gol.
Keputusan perlawanan South Africa seri dengan Mexico 1 - 1
+ + + + + + +
1 - 1
Goal : RSA | Siphiwe Tshabalala (55')MEX | Rafael Marquez (79')
+ + + + + + +
Perlawanan seterusnya dijadualkan berlansung jam 3 pagi waktu Malaysia. Malangnya aku tidak mampu mengikuti perlawanan. Wife aku sokong France..hehe. Jadi aku hanya mampu update esok pagi je lah. Itu pun lewat, sebab weekend ni 2 hari ada shooting.
0 - 0
Apakah France mampu bermula garang?
UPDATE : Nampaknya kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan
No Response to "Keputusan Group A (FIFA)"
Post a Comment