Followers

Nike hangatkan Piala Dunia 2010


BARISAN pemain dan jurulatih bola sepak negara serta wakil penganjur bergambar pada majlis pelancaran Piala Nike 2010 di Kuala Lumpur semalam.


SEMPENA Piala Dunia 2010 yang akan membuka tirainya 11 Jun ini, Nike Malaysia tampil menganjurkan Kejohanan Piala Nike Kuala Lumpur 2010.

Piala Nike Kuala Lumpur 2010 yang telah berlangsung di sekitar Lembah Klang sejak bulan lalu menggunakan format pertandingan lima lawan lima.

Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Bawah 16 tahun (pemain berusia antara 14 hingga 16 tahun) dan Bawah 19 tahun bagi usia antara 17 hingga 19 tahun.

Pemenang bagi kategori Bawah 19 tahun berpeluang berlatih di Brazil manakala pemenang kategori Bawah 16 tahun akan menjalani program latihan selama tiga bulan bersama Akademi Futsal Brazil di negara ini.

"Piala Nike dianjurkan bertujuan menambah kerancakan bola sepak di Malaysia selain menyemai budaya sukan di kalangan remaja.

"Selain itu, penganjuran Piala Nike sebagai tanda bermulanya kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia iaitu Piala Dunia yang akan di Afrika Selatan," kata pengurus pemasaran Nike Malaysia, Menaha Nadaraja.

Klimaks kepada penganjuran Piala Nike Kuala Lumpur 2010 ialah saingan Grand Final yang akan di Dataran Merdeka pada 3 Julai dengan menampilkan 360 pasukan.

"Sebelum ini, dua zon kelayakan telah dijalankan iaitu di Plaza Bukit Bintang dan KL Sentral. Kira-kira 900 pasukan terdiri daripada 4,500 pemain terlibat.

"Daripada jumlah itu, seba- nyak 120 pasukan telah layak berentap pada saingan Grand Final nanti," tambah Menaha.

Selepas dua zon kelayakan berlangsung, kini terdapat empat lagi zon kelayakan yang akan diadakan bagi membolehkan setiap pasukan merebut slot ke saingan Grand Final.

Zon kelayakan ketiga akan diadakan di Bandar Baru Sentul pada 5 hingga 6 Jun diikuti kawasan Stesen LRT, Pandan Indah (12-13 Jun), Stadium Shah Alam (19-20 Jun) dan kawasan Stesen LRT, Pasar Seni (26-27 Jun).

Bagi yang berminat menyertai Piala Nike Kuala Lumpur 2010, mereka boleh melayari laman web www.facebook.com/nikefootballmy bagi memuat turun borang pendaftaran atau menghubungi talian 03-61422881 untuk mendapatkan butiran lanjut tentang kejohanan tersebut.

No Response to "Nike hangatkan Piala Dunia 2010"

Post a Comment

wibiya widget

 
powered by Blogger