Followers

Jawatan kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan





LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi
mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempat Bertugas : Di rancangan-rancangan Felda

Jadual Gaji :
Gred S17
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

SYARAT LANTIKAN
a. Warganegara Malaysia ;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan ; dan
d. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON
a. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my
b. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun
atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan
salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

CATATAN
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon
yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa
permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan : 7 Jun 2010

No Response to "Jawatan kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan"

Post a Comment

wibiya widget

 
powered by Blogger